Powered by Blogger.
Home » » Ujian Lumrah Kehidupan

Ujian Lumrah Kehidupan


Rasulullah SAW Bersabda :
"Sesungguhnya ALLAH akan menguji kamu dengan pelbagai dugaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi ALLAH daripada kejelikkan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguaan; dan terakhirnya ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (seksa)"
~(Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani)~

UJIAN ALLAH SWT
Ujian adalah ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa, yang sudah pasti ada hubung kait dengan kehidupan yang kekal di alam akhirat kelak.
Ujian datang kepada semua golongan, baik kecil, besar, tua, muda, kaya, miskin, beragama Islam atau bukan Islam. Yang kaya teruji, yang miskin juga teruji. Setiap ujian ada hikmah daripada ALLAH SWT yang tidak dapat dilihat oleh akal fikiran.

HIKMAH MENERIMA UJIAN
1) Menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat seseorang di sisi ALLAH yang sabar dan redha dengan ujian yang diberi.
~ Untuk menghapuskan dosa (jika ia seorang fasiq dan zalim)
~ Untuk meningkatkan darjatnya disisi ALLAH SWT (jika tidak punya dosa)

2) Mematangkan
~ Ujian dapat mematangkan setiap individu, masyarakat bahkan negara juga. Setiap ujian membei pengajaran dan ikhtibar sebagai pedoman di masa hadapan bagaimana untuk berdepan dengan saat-saat yang sukar atau kesilapan, malah mendatangkan keinsafan dan keyakinan diri.

3) Kenal Sifat-sifat Mazmumah Diri
~ Banyak orang tertipu dengan diri sendiri. Ramai beranggapan dirinya hebat, tabah dan tidak mudah melenting bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar.

~ Firman ALLAH SWT "Jangan kamu mengatakan kamu beriman, sedangkan kamu belum diuji."

~ Maka, dengan ujian tersebut kita tidak boleh ketahui secara tidak langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat kelak kerana orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah melenting adalah sifat-sifat mazmumah yang masih menebal dalam dirinya. Jika tidak dibendung, maka ujian akan lebih dahsyat digalas ketika melintas siratul mustaqim di akhirat sana.

~ Setiap sifat mazmumah semasa kita hidup di dunia akan menjatuhkan kita ke dalam api neraka jahanam.Waliyazubillah!

4) Menguji Akidah Seseorang
~ Ujian paling berat, ialah ujian berbentuk akidah, iaitu gangguan-gangguan yang cuba menyesatkan pengangan kita. Tetapi hanya IMAN yang mampu menjadi benteng manusia daripada terjerumus dalam kesesatan.

~SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN~

~YANG BAIK ITU TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN~

0 comments:

Post a Comment