Untuk langsing bukanlah perkara mustahil walaupun segemuk mana pun anda. Ini kerana terdapat banyak kaedah diet yang boleh diikuti. Malah hanya dengan klik di hujung jari terdapat banyak sekali informasi dan juga tip-tip berguna untuk diikuti.
8 TIP DIET WAJIB PATUT
1. KURMA SEBAGAI MAKANAN PAGI
Melalui pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ia mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengah hari. Cara itu anda tidak perlu makan dengan banyak. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
2. ELAK TIMBANG SETIAP HARI
Tindakan ini hanya akan membuatkan anda berputus asa kerana tidak dapat melihat perubahan. Cadangan, timbang berar anda pada setiap minggu atau 2 kali sebulan.
3. SIMPAN DIARI DIET
Anda harus memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan. Cara demikian, ia mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka pelan diet yang lebih berkesan.
4. TETAP PERLU MAKAN
Walau berdiet anda perlu makan, Ini kerana makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perksara ini boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi rendah.Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu berat badan anda tidak akan berada tahap ideal.
5. KOLESTEROL BAWAH 300MG
Kurangkan lemak haiwan pada waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak. Lemak adalah jenis yang terakhir sekali di gunakan oleh badan. Kebanyakkan lemak yang dia ambil tidak digunakan dan ia di simpan di bawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
6, ADA SUMBER PROTEIN
Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa makan tengah hari pula, ambil makanan seperti sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokan harinya.
7. LOBAK DAN LIMAU NIPIS
Anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk mendapat airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang di impikan.
8. JANGAN TINGGAL SARAPAN
Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi tindakan itu adalah kurang bijak. Ini kerana apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan, kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu makan tengah hari, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
0 comments:
Post a Comment