Powered by Blogger.
Home » , , » Sunah Nabi S.A.W Sebelum Tidur

Sunah Nabi S.A.W Sebelum Tidur

Sunah NABI S.A.W sebelum tidur :-

1. Sebelum tidur BACA DOA tidur kerana harga yang ALLAH SWT janjikan adalah syurga.


2. JANGAN sesekali tidur menghadap kaki ke arah kiblat kerana itu adalah kedudukan orang yang telah mati.

3. Barang siapa yang MEMBACA TASBIH FATIMAH, sekiranya dia mati malam itu, dia akan di kira sebagai mati syahid. Apa itu TASBIH FATIMAH? SUBHANALLAH 33 kali. ALHAMDULILLAH 33 kali danALLAHUAKBAR 33 kali.

4. BACALAH 4 QUL, kemudian tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindari sihir dan niat jahat manusia.

5. BERNIATLAH untuk bangun mendirikan Solat Tahajjud.Sekiranya tidak terjaga, ALLAH swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindungan daripada sihir.

6. AMBIL WUDUK sebelum tidur dan dirikan Solat Sunat Taubat 2 rakaat

7. MAAFKAN semua kesalahan  manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidurlah dengan mengiringkan badan ke KANAN dan tapak tangan di bawah pipi. Itu adalah sebaik-baik posisi tidur


Banyak lagi sebenarnya sunah RASULULLAH SAW yang boleh diamalkan. Semuanya mudah untuk dilakukan. 
NABI SAW juga MELARANG TIDUR MENIARAP terutama lelaki, kerana di bawahnya syaitan atau jin betina. Tidur dalam KEADAAN BOGEL juga sangat di larang kerana akan menghindari malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

0 comments:

Post a Comment