untuk Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut
keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota
tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena...
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak
boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak
kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke
bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka
geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14
tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda
dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan
setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai
kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan
pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali
anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak
anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan
masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan
mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap
kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda
bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan
untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik
walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
(Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
15) Kemungkinan anak kita
menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak
anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri
anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan
kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat
demikian.
19) Janganlah membiarkan
anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala
anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu
bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan
kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya
lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan
keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis
apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan
anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
semoga bermanfaat (^_^)
0 comments:
Post a Comment